Tuesday, October 9, 2012

KETETAPAN ILAHI...

Dalam perjalanan hidup seorang hamba menujuNya, pasti ujian dariNya adalah suatu yang lumrah dan kadang – kadang dalam perjalanan kita bermujahadah untuk memahami makna CintaNYA, kita diuji dengan istilah cinta murahan, yang mana kadang – kadang dibaluti nafsu dunia, yang juga terkadang sesetengahnya makin menjauhkan kita sedikit demi sedikit dari mujahadah asal untuk mencari erti cintaNYA..

Memang susah untuk mendidik hati, untuk suka apa sahaja yang Allah suka dan benci pada segalanya yang Dia benci kerana kadang - kadang nafsu dulu yang berbicara sebelum iman.
Andai kita yakin, setiap apa yang berlaku, Qadha dan Qadar ke atas diri kita adalah suatu bentuk interaksi cinta, dari Pencipta kepada hamba, pasti kita menerima pemberianNya dengan ekspresi cinta juga yakni dengan penuh redha.

Hakikatnya, segala ketetapan Dialah yang sempurna buat kita kerana ia datangnya dari Yang Maha Sempurna. Pasti pemberian Allah itu tiada cacat celanya. Relakanlah, Allah pilihkan apa saja untuk kita, walau pilihan Allah mungkin tak seperti keinginan di hati, Namun pasti disana ada Rahsia Illahi yang tersembunyi, yang kita tidak tahu dan pasti tersirat hikmah yang terlalu banyak . Bukankah kita ini memang manusia yang terlalu banyak jahil dan tidak tahu? Apa yang tersembunyi sedikit dari penglihatan mata kita saja kita sudah tidak dapat meneka nya? Justeru, kenapa sewenangnya orang yang kecewa dengan Allah berkata “ Allah tak tahu perasaan hatiku...” atau “ Tuhan.. tidakkah Kau tahu itu yang terbaik buatku ?

Jika diteliti, beriman kepada Qadha dan Qadar adalah merupakan satu bahagian yang sangat penting daripada Aqidah Islamiah. Sememangnya Allah SWT mempunyai pengetahuan mengenai segala makhluq semenjak azali lagi dan Dialah yang menghendaki kewujudannya. Dialah yang menciptakan makhluq Nya berdasarkan apa yang telah Dia tentukan....

Dan, barangsiapa yang beriman kepada Qadha dan Qadar, pastinya dia sedar bahawa segala pergantungan hanya semata – mata kepada Allah. Di sebalik sebarang musibah yang melanda, ada rahmat dari Nya. Itu adalah kehendakNya...

Terimalah ketetapanNya Duhai Hati.....

INSAN Yang Mulia...

Oh Insan yang mulia
Kembalilah ke jalan yang di redha
Jangan selalu membesarkan
dunia, Sayang
Ingatkan Allah yang Maha Kuasa
Ingat kan Allah ingatkan selalu sayang

Janganlah lalai Allah berfirman
Duhai Insan Janganlah kau lalai
Membuat suruhan Tuhan Mu
Jangan hanya membesarkan dunia sahaja
Maka kau lupakan Tuhan yang memberi
Nikmat padamu Ingat ya …..ingat

Oh Insan yang Budiman,
Janganlah membesarkan harta
Miskin kaya, pandang sama saja Sayang
Buruk cantik tiada bezanya
Caci hina jangan kau amalkan sayang
Nanti murka Tuhan mu Insan
Ya jangan kau mencaci dan
membezakan
Antara satu dengan lain,
Kalau kau membezakan dan mencaci
Samalah juga engkau mencaci
kebesaran Tuhan

Sucikanlah hati mu, bersihkan
Rohani Jasmani
Takutlah kamu pada Tuhan sayang
Kau tiada kekal hidup di dunia
Akhirat juga akhir tempat kamu sayang
Tak dapat dikau, tak dapat elakkan,.
Janganlah kau mengotori Rohani
Insan
Tidakkah kau takut nanti, roh mu tak
mengenal jasadmu
Sampai di sini dengan nama Tuhan ku
Syukur kepada Allah suci Tuhan….
Hj Ayob Mohd Said

Saturday, September 22, 2012

NASH AKAN HAK-HAK YANG HARUS DIPEROLEHI AHLUL-BAIT

NASH AKAN HAK-HAK YANG HARUS DIPEROLEHI AHLUL-BAIT

by Ku Alam on Monday, 7 September 2009 at 16:49 ·
Ahlul-bait mempunyai beberapa hak yang harus dipelihara dengan baik oleh umat Islam. Antaranya, hak ke atas harta ghanimah, hak diselawati, hak untuk dicintai, diutama dan dijaga hubungan silaturrahim dengan mereka.

MEMPEROLEHI HARTA GHANIMAH

Allah SWT telah menentukan hak untuk mereka sebanyak seperlima dari harta ghanimah (harta rampasan perang). Firman Allah SWT : “Ketahuilah, sesungguhnya, apa sahaja yang kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnu sabil”(Al-Anfal:41)

Tiada perbezaan pendapat mengenai harta ghanimah pada Aal Muhammad SAW, iaitu ahlul-bait baginda, Ummuhatul Mukminin, serta kerabat baginda dari Bani Hasyim.
Nash memperolehi hak selawat dari umat Islam

NASH MEMPEROLEHI HAK SELAWAT DARI UMAT ISLAM

Ahlul-bait juga memperolehi hak ucapan selawat dari umat Islam sebagaimana yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW, yang ertinya seperti berikut:” Ya Allah, limpahkan selawat untuk Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau limpahkan selawat untuk Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.Dan berkatilah Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

(Kedudukan selawat ini ialah di belakang rukun tahiyyat akhir setiap solat).
Pernyataan Rasulullah SAW dalam sepotong Hadeeth dari Imam Malik yang berasal dari Nu’aim Al-Mujmar, berbentuk seperti berikut: “Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad, kepada para isteri dan anak-cucu keturunan beliau.” Ibnu Abdil-Barr menunjuk kepada sebuah Hadeeth Ibnu Humaid As-Saidi yang antara lain dengan erti seperti berikut: ” Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad, kepada isteri-isterinya, dan kepada anak-cucu keturunannya.” Sebuah Hadeeth lain pula menyebut:” Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan Aal (Ahli-bait) Muhammad.” Maksud Hadeeth yang kedua ini menyimpulkan makna Hadeeth yang sebelumnya. Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah mengemukakan suatu Hadeeth lain yang menyentuh peringatan Rasulullah SAW kepada para sahabat baginda : “Janganlah kalian berselawat untukku dengan Selawat Batra.” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan Selawat Batra?”. Baginda menjawab :”Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ! Ucapkanlah : Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan kepada Aal Muhammad.”

Kesimpulannya, para Aal dan ahlul-bait Rasulullah SAW memperolehi hak untuk diselawati sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam dalam solat fardhu yang dikerjakan oleh umat Islam dimana sahaja mereka berada.

NASH MENGENAI PENGHARAMAN MENGAMBIL ZAKAT OLEH AHLUL-BAIT.

Ahlul-bait Rasulullah SAW juga diharamkan menerima sedeqah (termasuk zakat) yang disebut sebagai kotoran harta manusia.

Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

Tentang Hadeeth riwayat Muslim ini, Imam Nawawi memberikan penjelasan: “Kotoran manusia artinya ; zakat membersihkan harta dan jiwa mereka . `Allah Ta’aala berfirman : “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkaan dan mensucikan mereka.” (At-Taubah :103)
Zakat adalah pencuci kotoran. Ahlul-bait diharamkan menerima zakat bagi membersihkan mereka dan meninggikan kedudukan mereka. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, ahlul-bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya.” (Al-Ahzab :33)
Alasan inilah yang menyebabkan ahlul-bait Rasulullah SAW tidak mengambil sedekah (zakat) semasa baginda masih hidup mahupun sesudah wafatnya.

NASH KECINTAAN RASULULLAH SAW PADA AHLUL-BAIT BAGINDA DAN PESANAN AGAR UMAT ISLAM MENCINTAI MEREKA.

`Ali RA menemui Rasulullah SAW yang telah menghampar selembar selimut, lalu baginda duduk atasnya bersama `Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein. Kemudian baginda bersabda : “Ya Allah, ridhoilah mereka sebagaimana aku ridho kepada mereka.” Hadeeth riwayat At-Tarmizi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Yang paling aku cintai di antara ahlul-baitku adalah Al-Hassan dan Al-Hussein.” Imam Muslim pernah meriwayatkan sebuah Hadeeth Rasulullah SAW mengenai Al-Hassan yang menyebut: “Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka cintailah dia, dan cintailah siapa yang mencintainya.”
At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat.” Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku” Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

Dalil Hadeeth-Hadeeth di atas amat jelas dan nyata akan suruhan- suruhan dan pesananpesanan Rasulullah SAW agar umat Islam mencintai para ahlul-baitnya demi cinta dan ketaatan mereka pada baginda Rasulullah SAW sendiri.

NASH MENGENAI KEUTAMAAN AHLUL-BAIT

Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’. “
Hadeeth ini bermaksud bahawa dalam keadaan kekelamkabutan dan huru- hara yang berlaku pada Hari Kiamat kelak, yakni sebelum berlakunya proses penghisaban, semua manusia akan menjadi `nafsu-nafsi’, iaitu hanya tertumpu semata-mata memikirkan nasib dan keselamatan dirinya sahaja, tidak akan ada orang yang dapat memberi pertolongan kepada orang lain, baik keturunannya mahupun kerabatnya, kecuali Rasulullah SAW sendiri yang diberikan keistimewaan untuk menghulurkan pertolongan kepada nasab dan kerabat baginda yang beriman dengan Allah dan RasulNya, selain kepada umat baginda yang lainnya.

Sebuah Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

Dengan menyebut pesanan mengenai Ahli-Bait Nabi sebanyak dua kali, adalah sebagai suatu bentuk tekanan dan penegasan pada umat supaya perihatin terhadap apa yang menjadi hak dan kewajiban keturunan Rasulullah SAW. Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

Sebuah lagi Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.” (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir) Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

Tegasnya, keutamaan ahlul-bait Rasulullah SAW diperakukan dalam hukum syarak mengikut nash hadeeth-hadeeth mutawatir yang tidak harus menimbulkan sebarang kekeliruan ataupun perselisihan. Keutamaan ini diperkukuhkan oleh khabar yang sahih bahawa keturunan baginda, Al-Mahdi akan menjadi khalifah akhir zaman kepada umat Islam.

Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.” Dari Tufail dari `Ali RA Nabi SAW bersabda : ” Jika dunia ini hanya tinggal sehari sahaja nescaya Allah akan bangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman.”

NASH YANG MENYURUH UMAT ISLAM MENGHORMATI SERTA MEMBANTU AHLUL-BAIT

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menegaskan:”Orang yang terbaik di antara kalian ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap keluargaku setelah aku tiada” Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan sebuah Hadeeth :” Empat golongan yang akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat: Orang yang menghormati keturunanku, orang yang memenuhi keperluan mereka, orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat diperlukan, dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidahnya.”

At-Thabarani pula mengketengahkan Hadeeth dari Abdullah ibnu `Umar RA yang mengatakan: “Allah SWT menetapkan tiga `hurumat’ (hal-hal yang wajib dihormati dan tidak boleh dilanggar). Barangsiapa menjaga baik-baik tiga `hurumat’ itu, Allah akan menjaga urusan agamanya dan keduniaannya. Dan barangsiapa tidak mengendahkannya, Allah tidak akan mengendahkan sesuatu baginya. Para sahabat bertanya: Apa tiga hurumat itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Hurumatul Islam, hurumatku dan hurumat kerabatku.”

NASH YANG MENYURUH UMAT ISLAM MENJAGA HUBUNGAN AHLUL-BAIT DAN MENGELAKKAN MEMBENCI MEREKA.

Dari Abu Said Al-Khudri RA, katanya, telah bersabda Rasulullah SAW :”Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seseorang tidak membenci kami, ahlulbait melainkan Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka.” (HR Al-Hakim) Ketika puteri Abu Jahal meninggalkan orang tuanya untuk berangkat hijrah ke Madinah, berkata beberapa orang Muslimin kepadanya : “Hijrahmu ke Madinah tiada gunanya, kerana orang tuamu pasti akan menjadi umpan neraka”. Ketika anak perempuan itu melaporkan cemuhan orang terhadap dirinya itu kepada Rasulullah SAW, baginda dengan nada gusar bersabda : ” Kenapa sampai ada orang yang mahu mengganggu diriku dengan mencerca nasab dan keturunan kerabatku? Sungguhlah, siapa yang mengganggu kerabat dan nasabku bererti ia menggangguku, dan siapa yang menggangguku ia mengganggu Allah.”

At-Thabarani juga meriwayatkan Hadeeth dari Jabir ibnu Abdullah RA yang menceritakan beliau sendiri dengar dari Rasulullah SAW dalam suatu khutbah antara lain menyebut: ” Hai manusia, barangsiapa membenci kami, ahlul-bait, pada Hari Kiamat Allah akan menggiringnya sebagai orang Yahudi.” Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam sebuah Hadeeth Marfu’, bahawasanya Rasulullah SWT telah menegaskan: “Siapa yang membenci ahlul-bait ia adalah seorang munafik.”

Umat Islam harus mengambil pengajaran dari pesanan-pesanan baginda Rasulullah SAW dalam menjaga adab dan perhubungan dengan para ahlul- baitnya, serta memelihara diri dari bersikap negatif dan mengkhianati mereka. Dalam lain perkataan, hubungan dengan cucu cicit Rasulullah SAW perlu dipelihara dan diberi perhatian khusus kerana itu merupakan sebahagian dari ajaran agama Islam.

Sumber Dari ASYRAAF dll.

Thursday, September 20, 2012

ANDAI DIA PERGI DULU

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…


Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.
Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.
Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi.  Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.
Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  
Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.
Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil  pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.  
Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!
Jesteru...................
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun,  aku  tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.
Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!
Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.
Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.  
Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”
Dalam “kamus” kehidupan  para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa. 
Namun begitu,  di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.
Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.
Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan  oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”
Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

GENTA RASA…


NEVER QUIT..........


Never Quit

Believe in yourself
and your vision of the future.
Surround yourself with
those who believe in you
and  will help you achieve
your goals.
Keep your dream alive
despite the challenges
along the way.

There will always be those
who try to steal your dream
by laughter or criticism.
They cannot understand what
drives you to always want more.

In safety, there is no failure
neither is there success.
Only by taking the risks
that other fear
can you achieve greatness.

Change can be frightening,
but only by changing
can you experience growth.
Only by challenging yourself
to do what seems impossible
can you ever know how much
you can achieve.

There is only one key
to success:
never quit until you win.
It may require a lot of changing,
but you can do it.
The seed of greatness
lies within you.
Nurture it, and there
will be nothing you can't do.

Munajat Bertaubat Kepada Allah............

Munajat Bertaubat Kepada Allah

by Ayob Mohd Said on Tuesday, 6 December 2011 at 15:43 ·

Wahai Tuhan Yang tak mengenepikan harapan orang-orang yang mengharap

Wahai Tuhan Yang tak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat baik

Wahai Yang menjadikan tempat pelarian para hambaNya yang takut

Wahai Yang ditakuti hamba-hambaNya yang muttaqin. Inilah hambaMu yang dipenuhi dosa-dosa yang bermohon di hadapanMu

Kami Hamba yang melumuri badan dengan  kemaksiatan

Kami Hamba yang dililit tubuhnya oleh pengaruh syaitan hingga lalai dari segala yang Engkau perintahkan dan melanggar segala yang menjadi laranganMu

Bagai orang yang bodoh atas segala kekuasaanMu. Bagai orang yang mengingkari kurnia dan kebaikanMu hingga dibukakan matanya, melihat kebenaran dan petunjuk serta tersingkap segala kabut yang menyelimuti mata.

Kami Hamba Mu ini selalu menghitung segala yang telah diperbuatnya dan merenungi segala pengingkaran terhadap Tuhannya hingga tersadar dengan banyaknya dosa dan kemaksiatan

Kami HambaMu  segera menghadap kepadaMu, Mengharap segala ampunan dariMu dengan penuh harap dan rasa yakin kepada Mu dengan penuh keteguhan akan segala yang ada di sisiMu dengan penuh rasa kekhawatiran dan keikhlasan

Tiada lain keinginan kami hambaMu selain kepadaMu Tiada lain keinginan kami selain kepada Mu

Tiada lain yang di khawatirkannya selain kepadaMu

Kami Hamba yg kini mengharap dengan penuh kerendahan

Mengarahkan pandangan ketanah dgn penuh kekhusyukan.

Menundukkan kepalanya dengan penuh kehinaan

Engkaulah yang paling tahu tentang diri kami,  kerana Engkau pegang segala rahsia-rahasia kami

Engkau yang paling tahu jumlah dosa-dosa kmi, kerana Engkau yang menghitung semuanya itu.

Inilah hambaMu yang meminta perlindungan dari segala sebab yang bakal menimpa diri, dari segala akibat buruk dari dosa-dosanya yang begitu banyaknya

Segala kelazatan dan kenikmatan telah berlalu Yang tersisa kini hanyalah akibat yang harus kami tanggung.

Ya Ilahi

KeadilanMu tidak akan diingkari bila Engkau tetap menghukum hambaMu ini. Ampunan Mu tidak pula begitu berat bila Engakau memaafkan dan mengasihani, kerana sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengampun atas segala dosa-dosa besar.

Ya Allah kami menghadapkan kepadaMu dengan sepenuhnya mematuhi segala perintahMu termasuk perintah berdoa kepada Mu dan Engkau berjanji untuk mengambulkannya.

Engkau berfirman: (Udhuni yas tajib lakum) “Berdoalah/bermohonlah kepada Ku Maka pasti Aku kabulkan”

Ya Allah, Maka limpah sejahtera kepadaNabi Muhammad SAW dan keluarganya. Temuilah diri kami dengan ampunan dan maghfirahMu seperti akan menghadap kepada Mu dengan penuh kekeyakinan

Angkatlah diri kami dari lembah dosa sebagaimana aku rendahkan diriku di hadapanMu. Tutupilah rahasia2 kami dengan hijabMu sebagaimana Engkau tangguhkan siksaan bagi kami

Ya Allah, Teguhkanlah niat kami untuk tetap mentaati Mu

Kukuhkanlah hati kami untuk senentiasa beribadah kepadaMu Tunjukilah kami suatu amalan yang dapat membersihkan diri kami dari kotoran dan dosa.

Ya Allah, Teguhkanlah niat kami untuk Matikanlah diri kami dan ambillah nyawa kami dengan tetap teguh memegang agamaMu dan agama NabiMu Muhammad SAW dengan kalimah ”La ila ha Illallah Muhamadur Rasulullah”

Ya Allah Inilah kami yang kembali dan bertobat kepadaMu dari segala dosa2 besar maupun kecil baik yang nyata maupun tidak baik, yang lampau maupun yang akan datang

dengan taubat yang seilkhlas-ikhlasnya yang tak pernah lagi membayangkan kemaksiatan dan tak pernah lagi ingin kembali melakukan kesalahan.

Dan Engkau berfirman dalam kitabMu “Sesungguhnya Engkau menerima taubat hamba-hambaMu memaafkan kesalahan mereka dan mencintai orang-orang yang bertaubat.”

Terimalah taubat ini seperti yang Engkau janjikan Ya Allah. Maafkan kesalahan kami ini seperti yang telah Engkau jaminkan. Cintailah diri kami sebagaimana yang Engkau persyaratkan dalam taubat kami.

Ya Rabbi, Inilah kami hambaMu yang mewajibkan dirinya untuk memenuhi syarat Mu untuk tak lagi lakukan segala yang Engkau benci yang berjanji pada dirinya untuk tak lagi melanggar segala yang Engkau larang yang berjanji untuk menghindari segala yang mengundang kedurhakaanMu.

Ya Allah, Engkau mengetahui apa yang kami perbuat, Maka ampunilah kami sesuai yang Engkau tahu tentang diri kami dan dengan kekkuasaan Mu bawalah diri kami kepada hal-hal yang Engkau sukai.

Ya Allah betapa banyak akibat dari kesalahan yang kami tanggung, baik yang masih kami ingat maupun yang telah kami lupakan. Namun senua itu tetap Engkau perhatikan dengan mataMu yang tak pernah tidur dan ilmuMu yang tak pernah alpa.

Maka gantilah akibat yang kami tanggung dengan yang lebih patut kami terima.  Buangkanlah segala bebannya. Lindungi kami dari melakukan hal yang sama diwaktu-waktu lainnya.

Ya Allah, tiada satu pun yang mampu memenuhi taubat kami, kecuali berkat perlindungan Mu. Tiada pula yang mampu menahan diri kami dari dosa-dosa kecuali dengan kekuatan Mu.

Maka kuatkanlah diri kami dengan kemampuan yang cukup (untuk mencegah diri kami dari  dosa-dosa) dan limpahkan pula pada diri kami perlindungan yang kukuh.

Ya Allah siapa saja hamba Mu yang bertaubat namun Engkau tahu bahawa ia akan bakal merusakkan taubatnya dan kembali melakukan kesalahan dan dosa. Maka kami berlindung kepadaMu agar diri kami tak sama dengannya. Jadikan taubat kami sebagai taubat yang tak lagi memerlukan taubat sesudahnya.

Jadikan pula taubat kami sebagai taubat yang menghapuskan dosa yang telah berlalu serta keselamatan dari dosa yang akan datang.

Ya Allah aku mohon ampunan kepada Mu dari kebodohan kami dan kami minta perlindungan dari keburukan perbuatan kami.

Dekapilah kami kedalam pangkuan rahmatMu. Tutupilah diri kami dengan selimut kasih Mu.

Ya Allah kami bertaubat kepada Mu dari segala bisikan hati, pandangan mata dan ucapan lidah yang menyalahi keinginan Mu dan menyimpang dari yang Engkau cintai dengan sebuah taubat yang membuat semua anggota tubuhku selamat dari siksaMu yang dikhawatirkan oleh orang yang melampaui batas.

Ya Allah, kasihilah kami kesendirian dihadapan Mu dan kemuraman hati kami kerana takut kepadaMu serta gementaran anggota tubuh badan kami akan kebesaran Mu.

Ya Allah, limpahkan sejahtera kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya. Berkat kemurahanMu berilah kami syafaat atas dosa-dosa kami. Berkat ampunan Mu, hapuslah kesalah kami, dengan siksaMu. Lapangkan kemurahanMu pada kami. Muliakan diri kami dengan menutupi rahasia kami.

Perlakukan diri kami bagai seorang bangsawan yang didatangi seorang hamba yang hina lalu mengasihaninya atau bagai seorang kaya yang didatangi hamba yang miskin lalu mengulurkan tangannya untuk membantunya.

Ya Allah tiada satu pun yang menjadi pelindung kami selain Mu, maka berkat kebesaran Mu lindungilah diriku.

 Tiada satu pun yang menjadi penolong kami selain Mu, maka berkat kurnia Mu berilah syafaat padaku.

Kami sungguh dibebani dan khawatir akan dosa-dosa kami, maka berkat ampunan Mu berilah kami rasa tenteram.

Semua yang kami ucapkan tidaklah berangkat dari ketidak tahuan kami bukan pula sengaja melupakan kejelekan perbuatanku

Namun semua taubat kami aturkan hanya agar langit dan semua penghuninya serta buni dan segenap penduduknya mendengar penyesalan kami

Dan kami berlari kepada Mu dengan memohon ampunan agar berkat rahmatMu sebagian mereka mengasihi kami dalam keadaan yang sulit dan penuh dosa atau menyayangi diri kami kerana keadaan kami yang muram.

Sebuah doa yang lebih Engkau dengar dari doa kami sendiri atau memberi kami syafaat yang lebih patut Engkau terima dari pada syafaat kami dan membuat kami selamat dari kemurkaan Mu serta memperoleh redha Mu.

Ya Allah jika rasa penyesalan merupakan taubat kepada Mu, kamilah yang paling menyesal dari sekian yang menyesal.

Bila meninggalkan kemaksiatan merupakan jalan menuju perkenan Mu. Kami inilah yang pertama meninggalkan kemaksiatan dan menuju kepangkuan Mu

Bila memohon ampunan kepada Mu dapat menggugurkan dosa-dosa kami, kami inilah yang sebenar-benarnya memohon ampunan kepada Mu.

Ya Allah, sebagaimana Engkau perintahkan kami untuk bertaubat kepada Mu dan menjamin taubat kami akan kabulkan. Sebagaimana Engkau perintahkan kami untuk berdoa dan berjanji akan mengabulkan doa kami.

Maka limpahkan sejahtera kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya dan terimalah taubat kami. Janganlah Engkau membuat kami putus asa dari segala rahmatMu.

Allahumma Ya Allah, ampunkanlah juga ibu/bapa kami, Datuk dan nenek-nenek kami, sanak saudara-mara adik beradik kami, orang yang telah berjasa kepada kami, guru-guru kami dan sekelian orang-orang yang kami zalimi dan berdosa pada mereka dengan rahmat dan belas kasihanMu

Ya Allah sihatkan tubuh badan kami dari sekian penyakit yang di khawatiri agar kami dapat beribadat dengan sempurna kepadaMu. Dan kabulkanlah sekian orang yang telah memohon doa kepada kami dan murahkanlah rezki kami dunia dan akhirat.

Ya Allah, limpahkan sejahtera kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya sebagaimana berkat beliau. Engkau memberi kami petunjuk. Limpahkan sejahtera kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya sebagaimana berkat Engkau selamatkan kami.

Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Semua itu adalah mudah bagi Mu.

Monday, September 17, 2012

THE  WAVES...........



The Waves....
came in gaily into the bay, murmuring whispers.....
so they say......
and suddenly bursts into laughter......as they pound the beautiful shore.
I tried to imagine,
that I am water.....
i tried to giggle, giggle and even bubble....
but the waves.......
just ignore my very presence.....and keep on giggling into the bay..,
Oh...I could see and understand....
that i am not one of its kind...
my caste, my soul...
so very different...
and my feelings...just my own..............