Friday, January 15, 2010

Pulau Langkawi dan ceritanya.....

PULAU LANGKAWI.( The Light Of The Kingdom)

Pulau Langkawi dahulunya pernah dinamai Langga @ Langu @ Langura @ Langapura, bermaksud Pulau Pertemuan Dua Kuasa.
Dua kuasa besar iaitu GARUDA ( The bird of fire) dan JENTAYU ( The bird of water).

Al Kesah......

Tun Jana Khatib adalah seorang ulama dari Pasai yang berdagang ke Singapura. Beliau telah dihukum bunuh oleh Paduka Seri Maharaja, raja Singapura ketika itu yang merasa cemburu diatas kepandaian dan keilmuan yang ada pada Tun Jana Khatib.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib keluar berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam kejadian Ilahi. Beliau kemudian telah terpandangkan sebiji buah kelapa gading di atas pokok di perkarangan taman istana Raja.Pokok Kelapa ini sangat tinggi untuk manusia biasa memanjat dan memetik buahnya. Terlintas di hati Tun Jana Khatib untuk memetik dan mengambil buah kelapa itu untuk di persembahkan kepada Permaisuri yang sedang hamil dan mengidam untuk meminum air kelapa gading.
Dengan cara makrifat,ilmu kerohanian yang ada padanya, sekelip mata sahaja dengan izin Allah SWT, Tun Jana Khatib berjaya memetik dan membawa turun buah kelapa gading itu.

Rupanya perlakuan Tun Jana telah diperhatikan oleh Tuanku Permaisuri yang kebetulan berada di jendela istana ketika itu.Beliau sungguh hairan dan takjub serta berasa amat gembira kerana keinginan nya untuk meminum air kelapa gading itu tercapai. Pujian dan penghargaan diberikan kepada Tun Jana dan ini telah menimbulkan perasaan cemburu Paduka Sultan kerana sangkanya Tun Jana sengaja mahu menunjuk-nunjuk dan mengambil perhatian Permaisuri.

Dipendekkan cerita, Tun Jana difitnah kononnya ingin menggoda Tuanku Permaisuri dan Tun Jana lantas dihukum. Badannya diikat pada sebatang pokok dan di bunuh sampai mati.

Disaat kejadian ini terjadi, hujan turun dengan lebatnya, kilat dan petir sabung menyabung dengan dahsyatnya. Keadaan sekeliling menjadi huru hara dan dengan kehendak Allah SWT jasad Tun Jana Khatib hilang dari pandangan mata, hanya darahnya saja menitis, mengalir di tanah Singapura , dan anehnya, badannya terdampar di Langkawi.Wallahu'alam.....

Telur Angsa dibawa dari Senggora,
Dedaun pandan disusun rapi,
Darahnya mengalir di Singapura,
Jasadnya terdampar di Langkawi.

No comments:

Post a Comment